top of page

Perkhidmatan Profesional Kami
Kami menyediakan perkhidmatan profesional dalam bidang kesihatan haiwan, khususnya kucing kesayangan. Di atas dedikasi serta minat kami yang mendalam dalam bidang kami, kami sehabis baik berusaha untuk menyediakan prasarana serta perkhidmatan terbaik di bawah satu bumbung. Berikut adalah senarai pekhidmatan profesional kami;
![]() Pemeriksaan KesihatanPerkhidmatan pemeriksaan kesihatan ini, termasuklah pemeriksaan am dan juga khusus, contohnya pemeriksaan parasit seperti kutu dan cacing, diagnosa kebuntingan serta juga pemeriksaan penyakit seperti demam, kurap dan sebagainya. | ![]() Surgeri PemandulanKami menyediakan perkhidmatan surgeri pemandulan, khususnya pemandulan kucing jantan dan betina. Kesemua kucing yang bakal dimandulkan akan melalui prosedur teliti yang mementingkan kebajikan dan keselamatan kucing sebelum, semasa dan selepas surgeri. | ![]() Vaksinasi KucingKami menyediakan perkhidmatan memberi vaksinasi atau imunisasi kucing, terhadap penyakit seperti selsema kucing (Herpevirus), sakit mata (Chlamydiasis), cirit berdarah (Panleukopeniavirus), ulser mulut (Calicivirus), serta Leukemia (Feline Leukemiavirus) |
---|---|---|
![]() PembedahanKami menyediakan perkhidmatan pembedahan seperti, pembedahan tisu lembut seperti surgeri rekonstruktif kulit dan pembedahan luka. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan surgeri pembaikpulihan tulang patah serta surgeri kecemasan cesarian. | ![]() Mikrocip & Pet PassportKami adalah Veterinar Bertauliah, yang dianugerahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi menjalankan program Pet Passport. Kami juga menyediakan perkhidmatan mengimplan mikrocip, bagi memberikan ID kepada kucing kesayangan serta membantu prosedur import eksport mereka. | ![]() Perapian Bulu KucingKami menyediakan perkhidmatan perapian bulu kucing, terutama bulu kucing jenis yang panjang dan sukar diurus. "Lion Cut" adalah jenis perapian bulu kucing yang mendapat permintaan tinggi, di tempat kami. |
![]() Perapian KucingKami menyediakan perkhidmatan perapian kucing, bagi menyelesaikan masalah kucing comot dan busuk. Terdapat pakej bulu pendek dan bulu panjang. Juga mandian biasa atau berubat. Memandikan, menyikat, membersihkan telinga, memotong kuku adalah termasuk di dalam pakej-pakej tersebut. | ![]() Ujian Saringan PenyakitKami menyediakan perkhidmatan menyaring penyakit berjangkit pada kucing seperti, AIDS kucing (Feline Immunodefeciency Virus),Leukemia (Feline Leukemiavirus), cirit berdarah (Panleukopeniavirus), penyakit busung atau dikenali juga sebagai FIP, Toxoplasmosis dan sebagainya. | ![]() Hotel KucingKami menyediakan perkhidmatan penginapan kucing bertaraf hotel, tanpa sangkar. Kucing disediakan bilik khas yang juga disediakan pelbagai pengkayaan dan permainan, supaya mereka tidak begitu stres walaupun berjauhan dengan keluarga. |
![]() Wad KucingKami menyediakan wad kucing, bagi menempatkan kucing yang memerlukan pantauan doktor vet dan tim di klinik. Ini termasuk memberi ubat kepada kucing yang sakit, mengikut jadual, memantau kemasukan IV drip serta lain-lain lagi. | ![]() Makmal MiniKami mempunyai makmal mini yang dilengkapi dengan mesin analisa darah, mikroskop dan lain-lain lagi. Dengan adanya kemudahan ini, kami dapat membuat ujian darah ke atas pesakit, serta mengeluarkan keputusannya dalam kadar segera. Mesin analisa darah kami termasuk, hematologi, biokimia, analisa gas dan analisa pembekuan darah. | ![]() Rawatan & Surgeri LaserKami menyediakan perkhidmatan rawatan laser, sebagai rawatamn alternatif dan tambahan kepada pesakit selain rawatan rutin yang diberikan. Antara masalah yang boleh dibantu melalui laser ialah, luka kecil dan besar, lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang, radang mulut serta lain-lain lagi. Kami menjalankan prosedur surgeri kami menggunakan laser supaya pesakit, kurang sakit, kurang pendarahan serta cepat sembuh. |
![]() Terapi Stem SelKami menyediakan kepakaran dalam terapi stem sel, khususnya buat kucing yang mempunyai masalah seperti kegagalam fungsi buah pinggang, kekurangan antibodi serta lain-lain lagi. Kaedah natural dalam penyembuhan ini, merupakan alternatif terbaru di mana ia menggunakan sel badan pesakit sendiri bagi membantu merawat penyakitnya. |
bottom of page